Thursday, 11 September 2014

Cinta tak mengenal rupa :)





Perlu persiapkan mental menghadapi pasangan kamu akan diburu oleh orang lain. Yang perlu kamu kawal, ialah sifat cemburu.
 
 
Kawal sedikit tindak tanduknya contohnya seperti muat naik gambar ‘selfie’ (contohnya) kerana ia akan mengundang pujian bertalu-talu dan dalam pada pujian itu pasti ada yang menyimpan perasaan terhadap pasangan kamu. Hati-hati, jangan keterlaluan mengawal pula!
 
Sungguhpun rupa paras kamu mungkin tidak sepadan dengan pasangan, usah khuatir kerana kamu boleh litupinya dengan berpenampilan kemas dan mengikut trend semasa.
 
Rupa paras bukanlah kayu pengukur kasih sayang antara kamu dan pasangan, jadi curahkan kasih sayang seikhlas mungkin kepada pasangan supaya dia dapat merasainya dan menghargai kamu lebih dari segalanya.

No comments:

Post a Comment