Keadaan Pelakon Shaheizy Sam masih tidak stabil- Mohon Doakan kesihatan Shaheizy Sam :(
Keadaan pelakon Shaheizy Sam masih tidak stabil
SHAHEIZY SAM yag dirawat di Hospital Ampang Puteri,Ampang akibat diserang demam denggi dilaporkan masih tidak stabil semalam.
KUALA LUMPUR~ Keadaan pelakon popular Shaheizy Sam yang diserang demam denggi sejak kamis lalu dilaporkan masih tidak stabil dan dia perlu menerima rawatan di hospital untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.
Dia kini menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri, Ampang Selangor.Menurut ibunya Khaty Fauziah, Bacaan Platlet Sam mencatatkan penurunan daripada bacaan normal 150 kepada 125 petang semalam.
"Keadaan sekarang masih sama & demam masih berlarutan, Doktor sarankan Shaheizy Sam tidak boleh keluar hospital sekurang-kurangnya seminggu lagi""Suhu badannya pula meningkat dan tidak menentu, Setakat malam tadi (Kelmarin), Suhunya naik sehingga 40 Darjah Celcius malah dia juga sering mengadu sakit kepala pada sebelah malam," Katanya ketika dihubungi Kosmo! AHAD disini semalam.
Sumber - KOSMO
No comments:
Post a Comment