Monday, 15 September 2014

SEREMBAN~ Jururawat mangsa langgar lari, polis cari saksi


Mangsa terbaring selepas kemalangan.

Menurut jurucakap polis, dalam kejadian itu, seorang jururawat meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang dipandu laju, kira-kira jam 6.30 pagi.

Beliau berkata, mangsa, Nadiatul Nalia Abdullah, 30, cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini.







“Disebabkan perlanggaran tersebut, mangsa tercampak dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri sehingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.Difahamkan, mangsa dalam perjalanan untuk ke hospital.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, diminta tampil ke mana-mana balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Kamarudin di talian 012-7280644 atau hubungi Balai Polis Seremban di talian 06-6033322," katanya.-SINAR HARIAN,

Sumber : SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment