Saturday, 13 September 2014
Tips-Tips Sebelum Membeli Telefon Pintar-PENTING!!!! Mohon SHARE :)
Mempunyai sebuah telefon pintar hari ini menjadi hampir keperluan untuk setiap orang.
Tidak hairanlah jika pihak pengeluar telefon pintar melancarkan pelbagai model peranti telefon pintar yang kadangkala hampir sama dari segi spesifikasi mahupun harga.
Ia membuatkan kita rambang mata dalam memilih apakah jenis telefon pintar yang sesuai dengan kita.
Jadi, jom kita lihat tips-tips sebelum anda membeli telefon pintar yang diidamkan.
1.Bajet Sendiri.
Beringatlah, bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu.
Adalah menjadi yang terbaik apabila sebelum menentukan bajet kita sendiri berapa dan berapakah had perbelanjaan kita terhadap pembelian telefon pintar ini.
Jangan terlalu banyak membelanjakan wang ringgit kepada telefon pintar terutamanya telefon yang terlalu cepat dan banyak edisinya di pasaran.
Kejatuhan harga telefon pintar yang anda miliki hari ini akan berlaku dalam masa 6 bulan selepas pengeluarannya.
2.Jangan Beli Pada Awal Pelancaran
Tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk anda mampu memiliki telefon yang baru keluar di pasaran sedangkan anda membelinya pada harga lebih RM2000 sedangkan selepas 6 bulan kemudian orang lain mampu membeli telefon yang sama dan original pada harga yang lebih rendah.
3.Bezakan Spesikasi Telefon Pilihan
Ini adalah antara perkara yang penting anda memilih telefon pintar bukan berdasarkan luaran semata-mata.
Setiap edisi yang dikeluarkan mempunyai pro dan kontranya tersendiri.
Bagi peminat telefon pintar mereka akan merasakan sendiri, model terdahulu lebih baik daripada kelajuannya manakala keluaran terkini lebih baik daripada segi , kamera dan sebagainya.
Selain daripada itu, anda perlu tahu setiap spesifikasi telefon pintar yang anda ingin beli sebelum ke kedai.
Sekurang-kurangnya bila sampai ke kedai anda sudah tahu spesifikasi telefon pintar tersebut walaupun cuba diterangkan kembali oleh promoter kedai tersebut.
4.Beli Secara Tunai
Prinsip perbelanjaan yang terbaik adalah beli secara tunai dan selepas pembelian anda tidak mempunyai lagi komitmen terhadap kedai tersebut kecuali pada telefon pintar tersebut.
Pembelian secara tunai dilihat adalah lebih wajar pada telefon pintar sebegini kerana jika anda tidak mampu membeli anda boleh lagi menyimpan dahulu wang untuk cukupkan membeli telefon pilihan anda.
5.Survey Banyak Kedai
Antara perkara yang tak suka dibuat orang adalah mencari perbezaan setiap kedai telefon terhadap target telefon yang ingin di beli.
Perlu diketahui tak semua kedai meletakkan harga yang sama kerana masing-masing ada target tersendiri.
Sebagai pembeli kita haruslah bijak membuat pilihan dengan pergi ke beberapa kedai untuk bandingkan sendiri harga yang mereka tawarkan.
Adakalanya perbezaan harga hampir mencecah RM200 pada satu-satu telefon pintar tersebut
Sumber: lowyat forum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment