Wednesday, 10 September 2014

"Apa Yang Saya Lakukan Sebagai Pelakon Atas Permintaan Pengarah"– Iqram Dinzly :)

iqram dinzly
Menurut Iqram Dinzly, segala apa yang dilakukan terhadap Ayu Raudhah di dalam filem tersebut adalah atas kapasiti seorang pelakon yang menurut arahan pengarah. Kata Iqram:-
Untuk Ayu, jika apa yang saya lakukan ketika penggambaran membuatkan dia rasa tak selesa atau sakit, saya mohon maaf. Apa yang kita lakukan ketika itu atas perbincangan bersama. Saya memang tak ada isu dengan Ayu seperti yang diakuinya juga.
Apa yang saya lakukan sebagai pelakon atas permintaan pengarah. Mungkin saya ‘naik syeh’ hingga tak sedar apa yang dilakonkan. Malah ada kawan pelakon saya cakap watak saya seperti benar-benar psiko dan gila.
Untuk Zaquan, jika rasa lakonan itu membuatkan dia rasa tak suka atau mungkin mencabar dirinya sebagai suami yang tak berkelakuan sedemikian, saya minta dia kalau tak sanggup jangan tengok filem ini.
Walaupun ada suara-suara yang menyatakan kontroversi ini sengaja ditimbulkan untuk melariskan filem Lagenda Budak Setan 3, Iqram Dinzly menafikan perkara tersebut. Menurut Iqram, dia tidak pernah mengenali Zaquan. Kata Iqram:-
Saya tak kenal pun Zaquan secara peribadi. Tapi dia ada hak untuk buat begitu. Saya hormatinya. Kalau ada anggap ini sebagai sensasi untuk melariskan filem, saya rasa sebaiknya masyarakat dan penggemar filem ke pawagam untuk menontonnya sendiri.
zaquan ayu raudhah
Diharap dengan permohonan maaf daripada Iqram Dinzly ini, kontroversi yang hangat ini akan tamat. Kesian pula Iqram dipersalahkan sedangkan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon. Berlakon ‘real’ sangat pun payah jugak kan? Apa pun, respek kepada Iqram kerana menghulurkan salam kemaafan terlebih dahulu walaupun dalam hal ini,
Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment