Seperti yang diberitahu sebelum ini, Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal menyuntik kelainan kepada para peminatnya tahun ini.
Antaranya, MLM 2014 bakal menyaksikan gabungan mantap Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu berpadu tenaga dengan Zizan yang merupakan ahli kumpulan Jozan, untuk membentuk satu pasukan dengan nama ‘Virus’.
Tauke ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 di Hotel Le Meridien pada Selasa memberitahu nama ‘Virus’ telah dipilih oleh mereka bertiga.
“Kami memilih nama ‘Virus’ kerana tidak mahu nampak slapstik. Kalau boleh nama biarlah persembahan kami garang segarang nama yang kami pilih.
“Pada awalnya kami mahu letak nama ‘JambuZ’ kerana gabungan Jambu dan Zizan tetapi selepas difikirkan semula mengapa tidak kami wujudkan satu kumpulan baru yang lebih ‘fresh’,” katanya.
Tauke atau Zamatul Amri berkata, ‘Virus’ akan cuba memberikan persembahan yang terbaik dengan idea lebih segar kali ini.
“Rasanya ramai menyedari lawak kumpulan ‘Jambu’ dengan ‘Jozan’ berbeza, jadi kami telah berbincang untuk mencipta satu kelainan dengan mengabungkan kedua-duanya.
“Keserasian di antara kami pula memang sudah lama wujud kerana kami dah lama kenal dan agak rapat,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai pemilihan Zizan kerana mahu menumpang populariti pelawak itu, Tauke tidak menafikan.
“Sebenarnya sejak dari dulu lagi Jambu menumpang populariti pelawak-pelawak lain. Dulu masa mula-mula menyertai pertandingan ini orang tak kenal pun Jambu.
“Tetapi disebabkan penonton mahu menonton pelawak-pelawak popular seperti Jozan, Nabil, Boboy dalam program ini secara tak langsung orang kenal Jambu. Kerana merekalah orang kenal Jambu,” katanya.
Tambah Tauke, dia dan Yus gembira kerana Zizan menerima pelawaan mereka untuk menyertai MLM 2014.

No comments:
Post a Comment