JAKARTA: Serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia. Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi. "Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya. - AFP Badan SAR Nasional (BASARNAS) menemui satu mayat di Selat Karimata. Proses pemindahan menggunakan heli Super Puma sedang berlangsung. Dari tayangan tvOne, mayat ditemui terumbang-ambing di Selat Karimata, sekitar jam 3.40 petang tadi, tidak jauh dari penemuan serpihan bahagian pesawat. Mayat itu dikenalpasti berpakaian hitam. Kerja menyelamat dilakukan seorang kakitangan BASARNAS yang turun menggunakan seutas tali. Usaha menyelamat sukar berikutan angin kuat. - DetikNews
No comments:
Post a Comment