Saturday, 13 September 2014

Ada Apa Dengan Hukum Mencukur Bulu Kemaluan ? Wajib SHARE :)

Mesin pencukur bulu kemaluan
Assallamualaikum....


Apa hukum mencukur bulu kemaluan ? soalan yang sering orang tanya,sampai sekarang ada budak-budak yang baru nak meningkat biasa (biasanya yang baru habis sunat dan akil baligh) akan tanya soalan ini, ada yang tanya ustaz,ustaz cakap boleh, tapi dia tanya balik ustaz tu kenapa orang jepun dan korea tak pulak cukur, hah yang ni dah parah tahap berat 66

Ok sebelum sambung topik hukum mencukur bulu kemaluan menurut islam, kita perhati dulu dimana telah disunnahkan dalam agama tindakan yang diutamakan ialah :


mencukur,
diharuskan pula dengan cara bergunting,
mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit supaya mudah untuk menggugurkan bulu pada bahagian kemaluan itu




    1.“Lima hal yang termasuk sunnah fitrah: Mencukur bulu kemaluan, berkhitan, memendekkan kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.” (HR Jama’ah)

    2.Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud). 

    3.Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
    (Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.)

    4.Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

    5.Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

    6.HR Muslim:"Bersuci itu separuh daripada iman"

    7.HR Jabir - larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

    Ok mungkin ada yang belum membaca tentang Dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,bukan ?

    Dialog rasullulah saw dengan iblis :


    Rasulullah bertanya kepada Iblis :
    "Siapakah orang yang paling engkau sukai?"

    Jawab Iblis kepada Rasulullah  :
    "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

    Apa yang haram tentang mencukur bulu kemaluan ?
    :
    (Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

    Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan lelaki lain begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

    Sekian untuk perkongsian kali ini

    No comments:

    Post a Comment